Komposisi Kompleks

KOMPOSISI KOMPLEKS PENDIDIKAN DARUL UMMAH



1. DARWA ( RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN WANITA ISLAM DARUL WARDAH ) 

- Memberi perlindungan sementara dan sokongan moral kepada saudara baru.
- Memberi perlindungan sementara dan bantuan kepada wanita teraniaya.
- Memberi pemulihan kepada remaja atau wanita yang mengandung luar nikah.

 2. MATSAS ( MA’AHAD TAHFIZ SAINS  )

- Menyediakan pendidikan integrasi tahfiz sains di peringkat menengah.
- Melaksanakan tarbiyah yang lengkap dan seimbang antara pemdidikan jasmani, aqli
  dan rohani.
- Membina generasi yang bertaqwa, berketerampilan, relevan dan komited.

3. PONDOK AN-NUR ( Pesantren Warga Tersayang ) 

- Memberi perlindungan kepada warga emas yang ditinggalkan keluarga /
  sebatang kara.
- Menyediakan bimbingan kelas fardhu ain dan kifayah.

4. DARUL HANNAN ( Rumah Anak Yatim & Miskin ) 

- Membela nasib anak yatim yang terbiar atau kehilangan ibu bapa / waris.
- Memberi pendidikan dan perlindungan untuk lebih mandiri di masa hadapan.

5. PASAK ( Pusat Latihan & Kepimpinan ) 

- Merancang dan melaksanakan program kursus dan latihan pembangunan insane.
- Membimbing secara konsisten pembentukan pendakwah muda. Pusat komuniti dalam
  membina jaringan dakwah.

0 comments:

Post a Comment

 
KOMPLEKS DAKWAH DARUL UMMAH © 2012